Jangan jadi Tanggang moden

Jika kita ingin jadi anak yang soleh/solehah dan berjaya serta bahagia dunia akhirat, mari ikut tips2 di bawah :

1- Bercakaplah dengan sopan dan rasa rendah diri semasa berkata2 dengan ibu bapa..Jangan sesekali memarahi mereka atau mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati..

contoh: jangan cakap "Mak ni bisinglah, orang taulah.." bila ibu memberi nasihat/bebel.


2- Taat setiap kata ibu bapa selagi tak melanggar perintah Allah

contoh: Kalau ibu bapa tak setuju dengan pasangan pilihan kita, elok dengar cakap mereka (kalau dah berbincang betul2 lah)


3- Jangan mengerutkan dahi atau menunjukkan muka marah kita..Sentiasa buat muka manis..

Contoh: Kalau mak kejut solat subuh tu, bangun dengan senyuman..


4- Jaga maruah dan harta mereka..Jangan ambil apa2 kepunyaan peribadi ibu bapa tanpa izin..

contoh: jangan sesuka hati tengah2 malam keluar rumah pakai kereta ayah tanpa izin..especially nak keluar berdating/nak impress awek..


5- Buat apa2 yang menyenangkan hati mereka dan sentiasa membantu mereka tanpa perlu diminta..

contoh: nak raya ni, belikan ibu bapa sepasang dua baju raya ke..


6-Jika dipanggil (tak kesah lah dalam rumah, tepon ke) sila balas dengan kadar segera seperti mana cara anda respon terhadap awek/balak anda..Yang paling penting, buat muka manis dan senyum..


7- Jangan sesekali bergaduh dengan mereka, atau menyalahkan mereka..Jika mereka ada melakukan kesilapan, tegur dengan baik.

contoh: jangan nak sesuka hati saman2 ibu bapa macam apa yang berlaku zaman sekarang ni..


8- Jangan meninggikan suara dengan mereka (melainkan mereka mempunyai masalah pendengaran yang dasyhat) dan sentiasa memberi perhatian dengan sabar dan tenang apabila mereka berkata2..

contoh: Walaupun anda pernah mendengar cerita yang sama beribu2 kali, layankan sahaja dengan wajah paling manis anda.


9- Rajin2 tolong buat kerja rumah.

contoh: sesekali biarkan ibu mengambil cuti daripada buat kerja rumah tu..biar kita dan adik beradik yang lain memasak, mengemas, mencuci etc..


10- Selalu menghubungi mereka atau menziarahi mereka jika anda tinggal berjauhan..

contoh: sekurangnya2 tepon lah sebulan sekali..lagi elok seminggu sekali..kalo hari2 lagi bagus..(tapi ader gak ibu bapa yang mungkin rasa nyampah plak dengar korang tepon hari2 sampai dah takde topik nak dibualkan..jadi berpada2)


p/s:list ni memang banyak lagi..tapi tak larat nak taip..aper2 pun, jom jadi anak soleh/solehah

" Dan Kami wasiatkan kepada manusia supaya, berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah & melahirkannya dengan susah payah juga. Masa mengandungnya sehingga menceraikannya dari susuan selam 30 bulan. Sehingga apabila dia dewasa dan sampai umurnya 40 tahun dia berkata: Ya Tuhanku, taufiqkanlah aku buat mensyukuri nikmatMu, yang telah engkau berikan kepadaku & kepada 2 orang ibu bapaku & supaya aku kerjakan amalan soleh yang Engkau sukai & perbaikilah bagiku anak2 cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan aku termasuk orang2 Islam." (Al-Ahqaf:15)